Wednesday, July 02, 2014

Hmm . Sahabat .

Allahu . Sudah jatuh ditimpa tangga .
Aku dah agak apa yang akan jadi.

Haha . Aku taktau cemana nak mulakan .
Hmm . okay , actually dalam hidup aku ni masalah utama sekali ialah masalah sahabat . Aku tahu , it sounds like '' Alaa , benda senang ja '

Dalam hidup aku , its not .

Memang susah nak cari sahabat susah senang . bagai mutiara dalam serpihan kaca ,
Haha bermadah pulak.

Setiap orang yang rapat dengan aku dulu dan sekarang semua dah jauh . Semakin lama makin jauh . Allahu . Dia sahaja tahu apa yang aku rasa .

Aku pun taktahu apa salah aku .
Adakah aku tak layak ?
adakah takdir hidup aku begitu ?
Terus bersendirian ?

 

Hmm . Aku tak mintak kome macam macam cuma satu jaa .
Make me your Sahabat dunia' wal akhirah .

Aku nak ke syurga bersama kome.

Tarik aku sekali , boleh ?

Albert Camus ada cakap .

" Don't walk behind me; I may not lead.
Don't walk in front of me; I may not follow.
Just walk beside me and be my friend.
"



Fi Hifzillah ya Sahabat.



Akhir kata.

"Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan."

Saturday, April 12, 2014

Kem , Kem dan Juga Kawan Baru ! :'D

    Lama tak update blog ni :'3 Busy memanjang , jaga anak bini semua . HAHA .

      Huhhhh . hampir setiap bulan aku ada kem . Alhamdulillah ,masih
diberi kesihatan untuk membina ukhuwah :') yaaa , setiap kem mestilah best >.<
jumpa sahabat baru , tempat baru dan semua lah senang cita .Haha .

Setiap detik bersama ,
 membawa kenangan ,
Setiap masa bersama ,
 sentiasa di sanubari ,

Salam Ukhuwah fillah ila Jannah , Insya'Allah :')

Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka .


Persahatan
itu dipandu dengan keikhlasan hati dan juga iman :')
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan."




                       Ana Uhibbukum Fillah :'D

Menurut Imam Ghazali

" Persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini "


Sahabat , Tegur aku tika aku lalai .
Tegur aku jika aku lari dari landasanNya .
Tegur aku jika aku tidak mengingatimu .
*hek eleh , feeling pulokkk *

HAHA , okay lah kot . cukup di sini :p
Fi hifzillah sahabats :'D

Sebelum tu , nah ambik lagu ni . lagu kitaorang :P
Layannnnnnnnnnnnn ~















Monday, March 24, 2014

Doa Abu Darda .

Hari ni , ambe nok share sikit tentang doa abu darda ni . here you go .

Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang.

Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah.



Terjemahan :

" Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.
Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan Arasy yang agung.
Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,
Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi.
Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu
Dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku
Dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus. "

Wallahu a'alam .

Sunday, March 23, 2014

Duhai Bakal Zaujahku :'D *imissyou*


assalamualaikum duhai bakal zaujahku ? walaupun engkau masih menjadi rahsia Allah , dan biarpun masa yang menentukan , namun jika benar kau jodohku . Allah pasti memudahkan segala urusan :')

aku disini alhamdulillah , masih diberikan nyawa oleh Allah untuk meneruskan jihadku . Ya , aku masih terabak rabak di dalam kegelapan untuk mencari sinarNya . cuba perbaiki diri untuk kau wahai tulang rusukku .

rindu ? Allahu , sudah fitrah manusia Allah jadikan seseorang itu berasa rindu . ya , aku rindu padamu kerana Allah . aku cuba menjaga ikhtilat untukmu , menjaga pandangan untukmu . dan hati aku , aku berharap kau pun begitu .

insya'Allah , aku akan jadi zauj yang memimpinmu ke syurga . buat sementara ini , biarlah aku mencari ilmu dunia wal akhirat . cuba menjadi yang soleh buatmu , imam buatmu , ayah kepada anak anak kita . insya'Allah . akan aku bina baitul muslim ini berdasarkan iman dan takwa kepadaNya .

Duhai bakal zaujahku,Aku bukan seperti Saidina Ali r.a yang mempunyai akhlak yang cukup indah,Yang boleh menawan hati baginda Rasul,Yang menjadi suami kepada Fatimah Az-Zahra,Yang menjadi bapa kepada keturunan bagindayang mulia.

Aku juga bukan seperti Luqman Al-Hakim,Yang mampu memberi didikan pada anak-anaknya,Sehingga kan namanya tercoret dalam salah satu lembaran cinta,114 lembaran cinta ada tercoret satu nama ,Surah Luqman .

.Aku juga bukan seperti Sultan Iskandar Zulkarnain yang agung yang menawan dua bahagian,Yang menyatukan dua lembayung di bawah satu pemerintahan,Yang menyatukan dua daerah hati timur dan barat,Ke dalam satu daerah cinta,Yang di kisahkan oleh pemikir dan ilmuwan Islam,

Yang di kaitkan dengan pemerintahan zaman lama,Aku juga bukan seperti Ibrahim yang mencari cahaya,Bila di lihat bulan, bila di lihat bintang, dilihat pula kepada mentari,Ibrahim menemui satu kisah, Menemui satu hikmah yang memberi Ibrahim satu cinta,Kisah cinta Ibrahim ada di dalam 114 lembaran surat cinta Dia.

Tapi aku hanya insan kerdil ,Yang baru bertatih untuk menapak di dunia persekolahan yang cukup luas,Aku hanya seorang hamba yang hanya mampu bersandarkan cintaku pada-Nya,Bukan aku tidak memerlukan seorang wanita di sisi,Bukan aku tidak memerlukan seorang penyeridi hati,

Bukan aku tidak memerlukan semua itu.Aku ingin menjadi seperti mereka,Aku perlukan semua itu,Tapi aku tidak terkata,Mulut terkunci,Kelu,Lidah tidak mengalunkan kata,Aku tidak mahu mengungkapkan aku cinta,Aku tidak mahu mengungkapkan aku melamarmu sehingga tiba waktunyaa :') kerana Setiap yang kita rancang hanya dalam pengetahuan Dia yang Maha Agung :'D

.Tapi buat dirimu , duhai muslimah ,Andainya di kau bersabar,Andainya di kau redha dengan ketentuan-Nya,Andainya di kau memahami pemikiran aku ,Aku rasa kita tidak akan mengejar cinta tetapi terus berdoa kepada Dia supaya  menyatukan kita :') *Dalam doa , muncul segaris nama :')
#uhibuki fillah :'D ,
 
Animated Rainbow Nyan Cat